Jumpa Kami Di Facebook

Wednesday, November 30, 2011

Petua Kecantikan Untuk Orang Bersaiz Besar.

Cantik.... perkataan indah yang selalunya ditafsir pada satu sudut pandangan iaitu lebih menjurus kepada kecantikan fizikal.

sebenarnya kecantikan mempunyai definisi berbeza untuk setiap orang....

Dan untuk orang yang bersaiz besar sering kali mereka ditafsir secara salah oleh diri mereka sendiri tentang kecantikan...

Oleh itu, di bawah ini terdapat 6 tips untuk anda  ‘Sentiasa Cantik’ walaupun badan anda bersaiz besar daripada orang lain.

1. Tolak Tepi Kata-Kata Negatif

- Orang sekeliling anda memang suka untuk mengenakan seseorang yang berbadan besar. Ketahuilah, perkara ini terang-terangan menyebabkan anda menjadi tidak yakin dan merasa diri serba kekurangan. Akhirnya, persepsi itu memusnahkan hidup anda. Oleh itu, anda perlu tangani situasi ini dengan kuatkan semangat seterusnya menghapuskan kata-kata negatif itu daripada terus bermain dalam minda anda. Ianya tidak mudah tetapi anda mampu lakukannya!

2. Fikirkan Anda ‘Luar Biasa’

- Bagaimana untuk lakukannya? Pertama, anda perlu mengubah cara pemikiran anda kepada yang lebih positif. Setiap hari, renung cermin dan katakan kepada diri sendiri bahawa anda seorang yang luar biasa dan lebih hebat daripada insan lain. Amalkan setiap kali bangun daripada tidur sehingga pemikiran itu tertanam dalam minda anda. Semasa merenung cermin, buangkan segala kata-kata negatif yang menghantui diri anda agar teknik ini menjadi lebih berkesan.

3. Bergaya Seperti Yang Lain

- Obesiti bukan penghalang untuk anda bergaya seperti orang lain. Hiaslah diri anda dengan pakaian yang cantik-cantik. Mekap muka anda agar kelihatan lebih menyakinkan dan outstanding. Tiada siapa yang nak marah. Itu kan hak anda!

4. Aktif Dengan Pelbagai Aktiviti

- Sekiranya selama ini anda tidak pernah terlibat dengan sebarang akiviti, inilah masanya untuk anda berbuat demikian. Anda boleh ikuti sebarang aktiviti kelab atau persatuan di sekolah, universiti mahupun pertubuhan luar. Dengan menyertai pelbagai aktiviti, ianya membuatkan anda menjadi lebih mahir dan pakar terhadap sesuatu perkara. Sekaligus membuatkan anda lupa terhadap kelemahan diri yang sedang anda fikirkan.

5. Hangout Dengan Rakan-Rakan

- Sebelum ini, apabila rakan mengajak anda keluar, jawapan yang biasa anda berikan adalah dengan mengatakan tidak. Ini kerana anda berasa malu untuk keluar disebabkan keadaan diri anda yang obesiti. Sepatutnya, anda perlu buang sikap malu itu dan keluar bersama rakan-rakan. Aktiviti itu mampu menceriakan dan menggembirakan diri anda. Hal ini membuatkan anda merasa tidak tersisih.

6. Panjatkan Kesyukuran

- Anda sebaiknya merasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T. Ini kerana, anda bukannya cacat dan langsung tidak boleh bergerak untuk melakukan sebarang kerja atau aktiviti. Ingatlah, terdapat insan yang lebih susah daripada anda. Buktikan bahawa anda mempunyai kekuatan yang tersendiri tetapi tidak dimiliki oleh orang lain.

Sejurus anda mempunyai minda yang positif, mungkin anda boleh mula plan untuk kuruskan badan dengan mengikut panduan yang betul. Jangan terburu-buru dalam menguruskan badan kerana ia boleh membahayakan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment